Info: Salah satu Masjid terunik di dunia, terletak di hutan belantara Borneo, Sabah.
Masjid Asmaul Husna merupakan antara masjid terunik di dunia, kerana masjid tersebut telah dibina di tengah-tengah hutan belantara Borneo.

Menurut kenyataan pengguna Facebook Khae Karim yang juga merupakan penduduk asal negeri di bawah bayu itu, masjid unik ini bertempat di Lembangan Maliau, sebuah hutan simpan dengan keluasan 2 kali ganda daripada saiz ibu kota Kuala Lumpur.
Selain itu, taman hutan simpan Maliau juga merupakan antara destinasi terkemuka seantero dunia yang mendapat gelaran ‘Sabah’s Lost World’.


Malah, sehingga kini, Maliau Basin masih menjadi tumpuan penyelidik dan saintis, samada dari dalam mahupun luar negara sehingga mendapat liputan di dalam National Geographic.

Justeru, Kerajaan Negeri Sabah telah bertindak mendaftarkan Hutan Simpan Maliau Basin kepada Pertubuhan pendidikan, saintifik, dan kebudayaan yang lebih dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Hal ini demikian agar Hutan Simpan Maliau dapat diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia di Malaysia.


Untuk rekod, Masjid Asmaul Husna telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi pada 25 September 2014.
SOURCE: Sumberkini.my | Foto Wartawan RTM : Salleh Jikri
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Tags:
Post a Comment
0Comments