Kereta dihanyut arus: Mayat penumpang ditemui

Mayat mangsa pertama diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Daily Ekspress

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kota Kinabalu: Mayat salah seorang daripada dua di dalam sebuah Perodua Myvi yang dihanyut arus deras semasa cuba menyeberang sebuah jambatan di sepanjang Sungai Sinulihan di Inanam pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu, ditemui awal Sabtu selepas pencarian 12 jam.


Ketua Pegawai Operasi Bomba, Pegawai Kanan Bomba II Kenneth Wilfred berkata penumpang itu, Juning Maturun, 37, ditemui pada pukul 7.20 pagi di dalam kereta itu kira-kira 3 KM jauhnya di Kg Dambai. Usaha menarik keluar kenderaan yang tertimbus pasir berjaya dilakukan pada pukul 11.28 pagi.

Picture
KENDERAAN mangsa yang dibawa keluar pada pukul 11.28 pagi di Sungai Dambai, Jalan Kionsom Lama, Inanam di Kota Kinabalu. - IHSAN MEDIA SOSIAL

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menarik keluar kenderaan dengan bantuan penduduk kampung menggunakan dua pacuan empat roda.

“Sebaik sahaja kenderaan itu berjaya dibawa keluar, kita menemukan seorang penumpang lelaki, Juning Maturun,37, yang berasal dari Kampung Kionsom lama.


“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemukan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa kedua masih dijalankan oleh bomba dengan bantuan polis dan penduduk kampung.


Semalam, sebuah rakaman video tular mengenai Perodua Myvi yang dilihat meredah banjir di Jalan Kionsom Lama sebelum terjunam dan dihanyutkan di Sungai Dambai.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم