PETER Umbuas (tengah) menunjukkan gambar ketiga-tiga banduan yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena, Tawau tengah malam tadi. |
Polis buru 3 banduan Warga Asing bolos dari PKRC
Polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit. PETALING JAYA: Tiga tahanan warga asing diburu polis selepas melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Belia, Tawau, tengah malam tadi.Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, tahanan terbabit dikatakan mengumpil kunci pagar sebelum memecahkan pintu tandas dan memanjat pagar pusat kuarantin terbabit.
Polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit. |
Katanya, polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit.
“Beberapa pasukan turut ditubuhkan untuk mengesan mereka membabitkan pelbagai jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Narkotik untuk memburu mereka,” katanya menurut laporan Harian Metro.
PETER Umbuas (tengah) menunjukkan gambar ketiga-tiga banduan yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena, Tawau tengah malam tadi. |
“Seramai 16 tahanan ditempatkan di PKRC untuk menjalani kuarantin selepas didapati positif Covid-19 sebelum dihantar ke penjara Tawau. Kita masih lagi berusaha mengesan mereka termasuk mendapatkan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 089-772 121 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
إرسال تعليق