Lagi Tragedi Kebakaran di Penampang

Picture
Pasangan Warga Emas: Godfrey and Josepha. (Foto Daily Ekspress)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki Warga emas rentung, isteri melecur kritikal dalam kebakaran rumah di Penampang

Penampang: Seorang lelaki warga emas berusia 90 tahun, Godfrey Tozuu Moligan, rentung sementara isterinya Josepha Lojikim, 89, melecur dan berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II berikutan kebakaran kediaman mereka di Kampung Gunsing Novunsu, di sini, terbakar, sekitar jam 3 pagi, pada selasa.

Picture
Kebakaran di Kg Novunsu yang meragut nyawa warga emas.

Dua cucu perempuan Charlene dan Cassella dan rakan mereka, Rojianah, yang berada di tingkat atas berjaya melarikan diri dalam kejadian jam 3 pagi itu.

Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur selepas

Picture
Keadaan rumah mangsa selepas kebakaran tersebut. FOTO Ihsan Bomba

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa maut, Godfrey Tozuu Moligan, 90.


Isterinya yang berusia 89 tahun dilaporkan melecur di muka dan badan.


Bagaimanapun, empat lagi ahli keluarga yang berusia 33 hingga 68 tahun dan tinggal di rumah sama, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Picture
Anggota bomba mengusung mayat mangsa kebakaran. – Foto Facebook

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan lori tangki.

"Operasi turut dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan Lintas.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudah membakar lebih separuh daripada rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, api dapat dikawal pada 4.24 pagi sebelum berjaya dipadamkan beberapa minit selepas itu.

"Sebaik api berjaya dipadamkan, pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa rentung dari sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.


"Wanita yang parah pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut," katanya.


Zainal berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.