Lelaki OKU Hanyut Diselamatkan di Kg Kudou, Penampang.

Lokasi mangsa lelaki OKU hanyut sebelum diselamatkan orang awam yang menyedari keberadaan mangsa. – Foto BOMBA

PENAMPANG: Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hanyut dibawa arus banjir diselamatkan orang awam di Kampung Kudou, di sini, semalam. Dalam kejadian pada 4.45 petang, mangsa Chong Chee Sen, 61, dikatakan hanyut ketika keluar dari rumahnya sebelum diselamatkan orang awam selepas hampir 3 jam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.57 petang.


Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai dihantar ke lokasi bersama sebuah bot untuk bantuan menyelamat.


“Pasukan bomba terus bergerak ke lokasi serta memulakan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.


“Bagaimanapun, kita menerima laporan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam pada 7.57 malam (semalam),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada 8.50 malam selepas mangsa disahkan berada dalam selamat. – HMetro

SOURCE: Hmetro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم