Lelaki tempatan maut kenderaan terbabas sendiri

Picture
MAUT: Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian kemalangan selepas mengalami kecederaan parah. Ihsan Foto: Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan maut dalam kemalangan di Jalan Silam, di sini awal pagi semalam.


Mangsa, Tan Khin Hoe, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Kesihatan selepas mengalami kecederaan parah.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan kejadian itu kira-kira jam 4.35 pagi.

“Seramai lapan pegawai dan anggota bomba Lahad Datu bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat

“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan pacuan empat roda yang pandunya,” katanya.


Katanya, menurut saksi kejadian, kenderaan mangsa berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Lahad Datu dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba turut memeriksa keadaan di lokasi kejadian dan operasi berjaya ditamatkan selepas memastikan kawasan tersebut selamat untuk pengguna jalan raya lain,” katanya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.