MERS 999: ‘Beritahu 3 maklumat penting ini' - Bomba Sabah

Master Of Trainer (MOT) MERS 999 Ketua Wanita Pertama Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Agustavia Joe Guasi

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Beritahu 3 maklumat penting ini kepada operator MERS 999

Jenis kecemasan, lokasi tepat dan butiran perhubungan pemanggil adalah maklumat paling penting yang perlu diberikan kepada operator MERS 999 kata Master Of Trainer (MOT) MERS 999 Bomba dan Penyelamat Negeri, Agustavia Joe Guasi.

Picture
SEORANG anggota bomba melakukan siasatan di rumah teres dua tingkat di Taman Hungab yang musnah dalam kebakaran, Selasa lepas. – fotoBERNAMA

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Prosedur Operasi Standard MERS 999 susulan kebakaran yang meragut nyawa empat sekeluarga di Kg Hungab, Penampang pada Selasa.


Agustavia yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas berkata semua 3 maklumat di atas adalah sangat penting supaya bantuan yang sewajarnya dapat dihantar secepat mungkin.

Beliau berkata Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) adalah satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia untuk menggabungkan nombor kecemasan Malaysia ke satu nombor pusat supaya mudah diakses, iaitu 999.

Bagaimana MERS999 berfungsi

Di bawah arahan kerajaan, badan kecemasan akan menjalankan tugas teras mereka seperti badan penguatkuasaan keselamatan (polis), badan pencegahan kebakaran dan penyelamat (Bomba), perkhidmatan perubatan (hospital), perkhidmatan kemanusiaan (Pertahanan Awam) dan kecemasan di laut (Maritim Malaysia),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Agustavia, sistem ini berjalan di bawah satu platform umum untuk menyediakan proses pengendalian panggilan kecemasan yang terkoordinasi dan seragam yang memberikan butiran pemanggil untuk penyedia perkhidmatan kecemasan, iaitu Polis, Bomba dan Penyelamat, Hospital, Pertahanan Awam dan Maritim.

“Panggilan kecemasan akan dapat dihantar ke agensi berkaitan jika pemanggil bekerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat, antaranya untuk memastikan apa jenis kecemasan, sebagai contoh situasi kecemasan seperti rompakan, kebakaran, serangan jantung, kemalangan dan banjir.


“Pemanggil juga harus memberikan maklumat yang tepat mengenai lokasi kecemasan termasuk mana-mana mercu tanda dan yang terakhir memberikan nama mereka dan nombor telefon untuk memudahkan stesen berkenaan menghubungi pemanggil untuk maklumat lanjut,” katanya.


Agustavia berkata jangan buat sebarang andaian apabila operator meminta sebarang maklumat kerana apabila operator 999 mendapat semua tiga maklumat ini, pada masa sama panggilan dibuat, maklumat itu turut dihantar kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba yang menghantar pasukannya ke tempat kejadian, semuanya semasa panggilan sedang dibuat.

“Apa pun maklumat yang anda berikan adalah sangat membantu kepada jabatan bomba atau agensi kecemasan lain dalam menghantar bantuan yang cepat dan betul.

“Ingat, apabila operator menjawab panggilan itu, terangkan situasi kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka kerana maklumat yang diberikan adalah penting untuk menentukan badan kecemasan yang perlu bertindak balas.

“Jika pemanggil berasa gelisah, saya cadangkan anda cuba bertenang kerana ia akan menyukarkan operator menerima maklumat penting dengan jelas dan sila tunggu di talian dan jangan putuskan talian,” katanya.


Menurut Agustavia, pemanggil juga perlu memberikan nama dan alamat.

“Jika tempat kejadian berbeza dari alamat pemanggil, sila pastikan operator dimaklumkan mengenainya.”


Beliau berkata dalam satu kecemasan perubatan, pemanggil diminta untuk bersabar semasa memberikan maklumat kepada operator supaya situasi kecemasan dapat dikenal pasti.

“Dalam kes seperti itu pemanggil akan dinasihatkan mengenai bagaimana menangani pesakit semasa bantuan dalam perjalanan,” katanya. -Daily/Harian Ekspress

Berikut merupakan No telefon 'Direct Line' untuk menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat bagi setiap daerah di Negeri Sabah

*KK BOMBA DIRECT LINE*
*Senarai Semak No Rasmi Balai-Balai di Negeri Sabah*

*ZON 1 KOTA KINABALU*
1. BBP SEMBULAN - 088210214
2. BBP LINTAS - 088422652
3. BBP PENAMPANG - 088724569
4. BBP TUARAN - 088793791/ 088793792

*ZON 3 KUDAT*
5. BBP KUDAT - 088611301
6. BBP RANAU - 088878779
7. BBP KOTA BELUD - 088976504
8. BBP KOTA MARUDU - 088662889

*ZON 2 BEAUFORT*
9. BBP SIPITANG - 087821444
10. BBP BEAUFORT - 087212025
11. BBP PAPAR - 088913521
12. BBP KUALA PENYU - 087884221
13. BBP KIMANIS - 088911480

*ZON 5 TAWAU*
14. BBP TAWAU – 089774444 / 089772525
15. BBP KUNAK - 089853444
16. BBP SEMPORNA - 089781699
17. BBP LAHAD DATU - 089884996 / 089881443
18. BBP ATAS AIR – 089788866 / 089788800 / 089788787

*ZON 6 SANDAKAN*
19. BBP SANDAKAN – 089214444 / 089214144
20. BBP KOTA KINABATANGAN - 089562630 / 089562631
21. BBP BELURAN - 089512261

*ZON 4 KENINGAU*
22. BBP KENINGAU - 087331396
23. BBP TAMBUNAN - 087774850
24. BBP TENOM - 087735646
25. BBP SOOK - 087365877
26. K9 - 088785963


Sila simpan dan Save No telefon ini bagi menghubungi talian terus ke Balai-balai bomba berdekatan untuk mendapatkan terus tahap respons bantuan Kecemasan bagi penjimatan masa dalam mendapatkan keselamatan & penyelamatan yang optimum.

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.