Ong Kim Swee Laju Buat Kerja, Sudah Rangka Strategi Buat Sabah FC Untuk 2022

Ong Kim Swee bersama dengan coach Jelius Ating dan coach Burhan Ajui (Kredit gambar: officialsabahfc)

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Ong Kim Swee Laju Buat Kerja, Sudah Rangka Strategi Buat Sabah FC Untuk 2022

Pelantikan pengendali baru Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ternyata mengejutkan pelbagai pihak kerana beliau sangat sinonim dengan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Setelah melepaskan jawatan Pengarah Teknikal di FAM, Kim Swee tidak menunggu lama dan terus merangka pelan strategi buat Sabah FC bagi saingan Piala Malaysia 2021 dan Liga Super 2022.


Melalui satu muat naik di laman Instagram rasmi Sabah FC, Kim Swee dilihat mengadakan perbincangan bersama barisan pengurusan dan barisan kejurulatihan Sabah FC.


Antara yang dilihat berada ketika perbincangan dibuat ialah pengarah teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw, pengendali sementara pasukan, Burhan Ajui dan bekas ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating yang kini bertindak selaku penolong pengurus pasukan.

Picture
Perbincangan Kim Swee bersama pengurusan dan kejurulatihan Sabah FC (Kredit gambar: officialsabahfc)

Walaupun bakal memulakan tugas pada 1 Oktober 2021, inisiatif Kim Swee ternyata dipuji rata-rata peminat bola sepak tanah air yang mencerminkan komitmen Kim Swee dalam menerima tugasan barunya itu.

Picture
Datuk Ong Kim Swee ketika melatih skuad bawah-23 negara (Kredit gambar : instagram oks_harimaumsia)

Untuk rekod, Kim Swee berjaya mencipta beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan selama berada di bawah FAM.


Antara kejayaan Kim Swee ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

SOURCE: Makan Bola

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.