Pelaksanaan syarat wajib lengkap vaksinasi dianjak ke 21 Sept: Masidi

Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Tarikh penguatkuasaan peraturan mensyaratkan semua pekerja dan pelanggan bagi sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya lengkap divaksinasi dianjak ke 21 September.


Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, peraturan ini pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September.

Foto untuk tujuan Ilustrasi
“Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh Negeri sehingga ke hari ini (Ahad) baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan ke 21 September – tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.


“Dimaklumi juga bahawa terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya vaksin jenis Astra-Zeneca. “Oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara.”


Permohonan, katanya, hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua.

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.