Pelukan dalam api marak hingga akhir hayat

Mangsa yang terkorban terdiri daripada pasangan suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun. - Foto Daily Ekspress

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pelukan dalam api marak hingga akhir hayat

PENAMPANG: 2 daripada 3 mangsa yang ditemui rentung selepas terperangkap dalam bilik sebuah rumah yang terbakar di Taman Hungab di sini selasa pagi (7 Sept), ditemui dalam keadaan berpelukan.


Lebih menyayat hati apabila seorang lagi mangsa dipercayai cuba menyelamatkan keluarganya turut rentung selepas jeriji tingkap di bilik berkenaan gagal dibuka.

Picture
KEBAKARAN di Taman Hungab, Penampang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak lelaki yang turut terkorban dalam kejadian itu, didapati terperangkap dalam tandas bilik tidur berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail, berkata kebakaran mengorbankan empat sekeluarga berusia 15 hingga 50 tahun itu membabitkan dua beradik lelaki serta ibu bapa mereka.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada pasangan suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Picture
Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15, maut dalam tragedi jam 2.30 pagi itu. Sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Alza turut terbakar 30 peratus.

Md Ali berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi sebelum mengerahkan sepasukan 11 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba di lokasi empat minit kemudian, lebih separuh rumah sudah terbakar. Pasukan bomba menyedari terdapat mangsa di dalam rumah namun api sudah terlalu marak menyukarkan usaha penyelamatan.

"Berdasarkan siasatan awal, tiga daripada empat mangsa berada di dalam bilik yang mempunyai jeriji boleh dibuka dan cuba menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Md Ali berkata, seorang lagi mangsa berada di dalam bilik air berhampiran bilik tiga mangsa terbabit ditemui dan itu berkemungkinan mangsa gagal masuk ke bilik berkenaan.

"Saya percaya keempat-empat mangsa ini sedar bila berlaku kebakaran dan cuba mencari ruang untuk menyelamatkan diri namun gagal.

"Mengikut makluman awal saksi kejadian, kebakaran bermula daripada tingkat bawah sebelum merebak ke tingkat atas," katanya.


Sehubungan itu, Md Ali berkata, pasukan siasatan JBPM sedang menjalankan siasatan bagi mengenal punca sebenar kebakaran.

Katanya, bahagian forensik JBPM akan dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) untuk mengenalpasti punca kebakaran berkenaan.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu,

SOURCE: BH Online

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.