PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 9 September

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 22 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 2 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 9 September hingga 22 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.


Pelaksanaan PKPD bermula 9 September hingga 22 September seperti berikut:

a) Kampung Sugiang Baru, Tenom

b) Kampung Rapak, Ranau.



Lanjutan PKPD 9 hingga 22 September

Kampung Rampayan Laut, Kota Belud


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 3 September

a) Kampung Gudon, Menggatal.

b) Kampung Lobou, Kota Kinabalu

c) Kampung Tengah, Kinarut, Papar

d) Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau

e) 2 lokaliti di Kampung Sentosa Blok 4 dan

f) Batu 2 Lorong Saddani, Tawau

g)Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang

h)Taman Sri Panglima, Beaufort

i) 6 lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Sri Rugading, Kampung Telipok Ria dan Kampung Serusop di Tuaran

j) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort serta

k) Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu,



Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.