PPV di sekolah di Sabah mungkin diteruskan ketika sesi persekolahan - Mohamad Alamin

Picture
Mohamad Alamin sempat beramah mesra bersama salah seorang pelajar yang menerima vaksin di PPV SK Malawa. - Foto Astro AWANI
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU: Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di sekolah-sekolah di Sabah mungkin akan diteruskan ketika sesi persekolahan dibuka sekiranya ada keperluan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata ini bagi memudahkan golongan pelajar yang belum berkesempatan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Jelasnya, sebanyak 91 buah sekolah di Sabah terlibat dalam memberi suntikan vaksin kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negeri ini.


"Pusat PPV di sekolah-sekolah di Sabah sahaja ada 91 buah sekolah, jadi ini akan terus berjalan semasa sesi sekolah dibuka nanti.

"Kalau ada keperluan, kita akan teruskan juga supaya memudahkan murid-murid kita untuk mendapatkan vaksin," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjaun ke PPV SK Malawa, hari ini.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Adzman Talib serta Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistrine Radin.

Seramai 3,130 pelajar dianggarkan akan menerima suntikan vaksin dos pertama mereka di sekolah berkenaan pada hari ini.


Tambah Mohamad, berdasarkan data dan statistik terkumpul, kadar vaksinasi remaja di Sabah merupakan antara yang tertinggi setakat ini dan ini mencerminkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat umum di negeri ini berkaitan vaksin.

"Kalau mengikut data dan statistik kita, Alhamdullilah Sabah antara negeri yang terbanyak anak-anak 12 tahun ke atas yang telah menerima vaksin, jadi ia menggambarkan kesedaran kita amat tinggilah di Sabah ini," ujarnya.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.