Sabah benarkan 10 lagi aktiviti bagi individu divaksin lengkap

http://beritaup2date.blogspot.com/ Kolam memancing dibenarkan beroperasi selama 12 jam dari 6 pagi bagi pelawat dari daerah sama. (Gambar Bernama)

PPN Fasa 2: Sabah Benarkan 10 Jenis Operasi & Aktiviti Dibuka Isnin Ini

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan membenarkan lebih banyak aktiviti untuk individu yang telah lengkap divaksin selepas melonggarkan peraturan untuk sektor pelancongan, minggu lalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Masidi Manjun berkata, 10 aktiviti lagi akan dibenarkan berkuat kuasa Isnin ini.


Katanya, semua pejabat sektor swasta kini dibenarkan beroperasi, manakala mesyuarat secara bersemuka turut dibolehkan bagi individu yang telah divaksin lengkap, dengan kapasiti 50%.

Katanya, sukan bersentuhan dan aktiviti rekreasi di kemudahan terbuka atau tertutup kini dibenarkan.

Individu atau kumpulan juga boleh terlibat dalam aktiviti kesihatan seperti aerobik, zumba dan lain-lain seumpamanya di gimnasium atau pusat kesihatan, dengan syarat tidak melibatkan lebih daripada 30 orang atau 50% kapasiti lokasi berkenaan.


“Aktiviti mendaki turut dibenarkan sama ada untuk individu atau secara berkumpulan dengan syarat sama,” katanya dalam kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Masidi berkata, pusat latihan maritim, darat dan udara kini boleh dibuka dengan syarat semua yang terlibat telah menerima suntikan vaksin lengkap.

Sementara itu, katanya, bagi aktiviti memancing, kolam memancing ikan dibenarkan beroperasi selama 12 jam bermula 6 pagi untuk pelawat di dalam daerah sama.

Kakitangan dan pelawat mesti juga divaksin lengkap, katanya.


“Aktiviti kapal pelayaran domestik dalam perairan negeri dibenarkan dengan kapasitinya sebanyak 50%.

“Kilang dan kedai yang menjual arak dibenarkan beroperasi, tetapi semua kakitangan mesti telah menerima suntikan vaksin lengkap. Bagaimanapun, kelab malam, pub dan pusat karaoke masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Menurutnya, semua institusi pengajian tinggi akan dibuka secara berperingkat untuk pelajar yang telah lengkap divaksin, dengan kemasukan pelajar bergantung kepada kapasiti institusi masing-masing.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.