Terima panggilan isteri, anak maut dalam tanah runtuh di Penampang

Zul Azmil ketika ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian di Jalan Bundusan, Penampang.

Ibu hamil, 2 kanak-kanak, maut dalam kejadian tanah runtuh di Penampang

KOTA KINABALU - Seorang lelaki tidak menyangka panggilan telefon yang diterima sekitar jam 3.40 petang tentang kejadian tanah runtuh di kawasan rumahnya memaklumkan khabar duka bahawa isteri dan anaknya telah terkorban.


Suami mangsa, Zul Azmil Omar, 34, memberitahu, dia yang sedang bekerja ketika menerima panggilan tersebut, sempat menitipkan pesanan kepada isteri sebelum keluar rumah, supaya menghubunginya jika berlaku apa-apa.

''Saya hilang kata-kata apabila dikhabarkan isteri yang sedang hamil dan anak berusia lapan bulan meninggal dunia,'' ujarnya masih terkejut dengan peristiwa tersebut.

Mangsa, Salmah Hamid, 25, dan anaknya, Dayana Zul Azmil, berusia 8 bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Zul Azmil, sebaik keluar dari rumah, dia melihat cuaca agak kurang baik. Sekitar jam 2 petang katanya, hujan semakin lebat.


''Tidak lama kemudian, saya terima panggilan dan dimaklumkan ada kejadian tanah runtuh serta meminta saya pulang ke rumah pada kadar segera," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian pada malam Rabu.

Katanya lagi, dia bergegas pulang namun sudah terlewat kerana jalan raya sudah dinaiki air.

"Sebaik tiba, saya dimaklumkan anak yang berusia satu tahun lebih selamat manakala seorang lagi yang berusia lapan bulan meninggal dunia. Begitu juga isteri,'' katanya.


Sementara itu, dalam kejadian sama, seorang lagi mangsa kanak-kanak berusia lima tahun dikenali sebagai Rosatima Asbirin meninggal dunia.

Tiga lagi yang dikenali sebagai Risdah Jabin, 22, bersama dua kanak-kanak iaitu anak kepada Zul Azmil, Juliana dan Norsirah Asbirin berusia tiga tahun terselamat dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut.

Turut berada di lokasi kejadian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman dan beliau mengesahkan tiga maut dalam kejadian itu.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

أحدث أقدم