UPKO, PH desak Jeffrey Bentang usul, jangan cakap kosong

Enakmen seperti itu dilihat mampu memberi bidang kuasa lebih baik kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan penting bagi menyokong sistem kesihatan dalam berdepan pandemik Covid-19.

UPKO, PH desak Jeffrey bentang usul kuasa lebih baik untuk Sabah tangani Covid-19

KOTA KINABALU: UPKO dan Pakatan Harapan (PH), hari ini mendesak Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan membentangkan usul daripada kerajaan untuk membuat enakmen membolehkan kerajaan negeri mempunyai kuasa yang lebih baik menangani pandemik Covid-19.

Naib Presiden UPKO Ewon Benedick dan Ketua Pemuda PH Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka pasti akan menyokong usul berkenaan sekiranya ia dibentangkan oleh kerajaan untuk diwartakan pada sesi DUN akan datang.


”Memandangkan Jeffrey adalah ahli Kabinet kerajaan, kami pasti menyokong sekiranya beliau dapat membentangkan usul daripada kerajaan ini untuk diwartakan semasa sidang DUN akan datang dan sekiranya beliau benar-benar ikhlas mengenai usul ini.

”Jika Jeffrey berniat ikhlas dalam perkara ini, beliau sepatutnya yang membentang usul ini daripada kerajaan, ini kerana dalam sistem Parlimen ‘Westminster’, usul-usul dan urusan-urusan kerajaan sentiasa akan dibentangkan di DUN,” kata kenyataan itu.

Bentang usul, jangan cakap kosong - UTUSAN
Ewon dan Phoong berkata, mereka sebelum ini telah mengemukakan usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (2) supaya satu ketetapan untuk membuat enakmen baharu berkaitan pencegahan dan pengawalan penyakit di Sabah.


Kata mereka, enakmen berkenaan sekiranya diluluskan akan memberi bidang kuasa yang lebih baik kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan penting bagi menyokong sistem kesihatan dalam berdepan pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan dalam respons berhubung usul itu berkata, enakmen berkenaan perlu disediakan supaya Sabah mempunyai bidang kuasa yang diperlukan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 di negeri Sabah.
”Kami berpendapat, dalam usaha memperkasakan kerajaan negeri, kita sepatutnya mempunyai kuasa yang lebih besar dalam isu-isu berkaitan kesihatan contohnya seperti program vaksinasi.

Naib Presiden UPKO Ewon Benedick
”Ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan persekutuan serta membolehkan tindakan cepat bagi menghadapi kes harian yang semakin meningkat di Sabah.

Ketua Pemuda PH Sabah Phoong Jin Zhe

”Kita akan berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang lebih teruk jika kita terus bersikap tunggu dan lihat. Sistem kesihatan di Sabah semakin tenat kerana berhadapan dengan kekurangan infrastruktur dan sumber manusia,” kata kenyataan itu.

PHOONG Jin Zhe (kanan) bersama Ewon Benedick dalam satu pertemuan ringkas di Kota Kinabalu.
Terdahulu, Jeffrey dalam respons berhubung usul itu berkata, enakmen berkenaan perlu disediakan supaya Sabah mempunyai bidang kuasa yang diperlukan dalam usaha menangani pandemik Covid-19 di negeri itu. - FMT

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.