128 Hilang Tempat Tinggal, 16 Rumah Setinggan Musnah Kebakaran Di Skim penempatan telipok

Picture
Kebakaran yang memusnahkan dua struktur setinggan di Skim Penempatan Telipok pada hari Khamis.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU, 7 Okt : Seramai 128 orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 16 rumah di Skim Penempatan Telipok, Jalan Tuaran, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Tuaran bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.19 tengah hari.

Picture
Seramai 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Skim Penempatan Telipok musnah terbakar. – Foto BOMBA

Seramai 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Skim Penempatan Telipok musnah terbakar. – Foto BOMBA Beliau berkata kebakaran melibatkan dua deretan rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada jentera bomba.


“Kebakaran membabitkan dua deret rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan menurut maklumat awal, sebanyak 17 keluarga tinggal di situ,” katanya ketika dihubungi.

Picture
Seramai 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Skim Penempatan Telipok musnah terbakar. – Foto BOMBA

Katanya kebakaran tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan anggaran kerugian sedang disiasat. – BERNAMA

SOURCE: Bernama

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم