4 kru melecur dalam insiden kebakaran bot Sandakan

Picture
SELAMAT: Kesemua mangsa yang melecur berjaya diselamatkan untuk menerima rawatan lanjut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Empat Lelaki Cemas Bot Dinaiki Terbakar di Pulau Billean, Sandakan

SANDAKAN: 4 lelaki tempatan cedera melecur selepas bot yang dinaiki terbakar di perairan Pulau Billean, di sini hari ini.

Tindakan Pantas Reef Guardian dan ATB 2 selamatkan 4 individu dari bot terbakar di Pulau Billean , Sandakan.


Hasil maklumat mangsa, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari. Bot tersebut,bot tersebut dinaiki oleh 4 orang warga tempatan telah terbakar sewaktu menghidupkan pam air menggunakan teknik jump-start ketika sedang berlindung di Pulau Billean kerana hujan lebat.


Bot yang telah terbakar terpaksa dilepas dan hanyut menuju ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau tersebut.

Bot dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berlindung di jeti Pulau Billean milik Reef Guardian kerana hujan lebat.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kesemua mangsa dikatakan terpaksa berhenti di pulau berkenaan selepas keadaan cuaca hujan lebat.


Bagaimanapun, ketika cuba menghidupkan bot dengan menggunakan teknik ‘jump-start’, bot berkenaan tiba-tiba terbakar menyebabkan kesemua mangsa disambar api.

Picture
Kru bot ini melecur teruk dalam kejadian kebakaran bot di Sandakan. (Gambar: Markas ATB 2)

Menurut kenyataan media Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota Detasmen Bot Sandakan dan Tim Quick Reaction Force (QRF) digerakkan ke lokasi kejadian.


“Pasukan operasi memberikan bantuan kepada kesemua mangsa yang melecur sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.


“Bot yang terbakar itu terpaksa dilepaskan dan hanyut ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau berkenaan,” katanya.


Katanya, hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka mahu menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan.


“Namun, perjalanan mereka tidak dapat diteruskan kerana cuaca hujan lebat, selain mengalami masalah bot dan terpaksa berlindung sementara di jeti Pulau Billean,” katanya.

Keempat-empat mangsa telah dibawa ke Pulau Lankayan oleh bot Reef Guardian dan diserahkan kepada pasukan ATB 2 untuk dibawa ke Sandakan. Bot VIPER 7 ditugaskan membawa mangsa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.