Inspektor Bahagian Narkotik Antara 5 Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

Picture
Salah seorang anggota polis dipercayai terlibat kes rasuah berada di kaunter pembayaran jaminan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu hari ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Inspektor antara 5 anggota polis didakwa terbabit 35 tuduhan rasuah

KOTA KINABALU – Lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu hari ini.

Picture
Kelima-lima tertuduh yang didakwa menerima suapan berjumlah RM8,020 mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Abu Bakar Manat.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas didakwa menerima suapan keseluruhan sebanyak RM8,020 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.


Tertuduh pertama, Inspektor Joevian Gubal Michael, 41, yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Belud berhadapan empat pertuduhan menerima suapan sebanyak RM2,400 dan semua duit terbabit dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh antara 16 November 2016 sehingga 17 Disember 2017.

Tertuduh kedua, Sarjan Azizul Ismail, 32, yang turut bertugas di IPD Kota Belud berhadapan empat pertuduhan ekoran menerima suapan sebanyak RM900 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya antara 24 April hingga 30 Julai 2017.

Tertuduh ketiga pula membabitkan Lans Koperal Hairul Amid, 36, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan berhadapan lima pertuduhan menerima suapan sebanyak RM2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh antara 11 Ogos 2017 hingga 9 Jun 2018.


Tertuduh keempat, Lans Koperal Afizul Azwan Anuar, 29, yang bertugas di IPD Kota Belud, berhadapan empat pertuduhan menerima suapan sebanyak RM470 antara 13 April 2017 hingga 6 Mei 2017 manakala tertuduh terakhir iaitu Koperal Abdullah Bakir, 44, yang turut bertugas di IPD Kota Belud pula berhadapan 18 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM2,250 antara 14 April 2014 hingga 1 Oktober 2015.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Joevian dan Hairul diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 bersama RM4,000 deposit.


Tertuduh kelima pula dibenarkan ikat jamin dengan nilai sama tetapi dengan depasit sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin tempatan selain diminta untuk tidak mendekati saksi.

Picture
SEORANG tertuduh yang hadir ke Mahkamah Khas Rasuah, hari ini. FOTO Juwan Riduan

Sementara itu, tertuduh kedua dibenarkan ikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM8,000 bersama RM4,000 deposit manakala tertuduh keempat, dibenarkan ikat jamin dengan nilai yang sama tetap dengan deposit RM3,000 bersama seorang penjamin tempatan.


Dalam pada itu, Hakim Abu Bakar kemudiannya mengarahkan semua tertuduh untuk melaporkan diri sekali dalam dua bulan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain diarahkan menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.


Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM Sabah, Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes kelima-lima tertuduh pada 24 November depan.-K! ONLINE

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.