Ah long tawar kerja 'kotor' kepada peminjam dikesan di Sabah

Picture
GAMBAR hiasan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Along upah peminjam buat kerja 'kotor'

KUALA LUMPUR - Polis mengesan aktiviti penawaran kerja oleh ah long kepada peminjam yang dipercayai berlaku di Sabah.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sebanyak dua kes melibatkan aktiviti tersebut yang telah dikesan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penawaran ini berlaku dalam dua keadaan.


"Antaranya bagi individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan oleh ah long, mereka ditawarkan bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberikan upah atas kerja yang dijalankan.

"Bagi peminjam yang gagal melunaskan pembayaran, mereka akan diminta bekerja dengan ah long dan jumlah hutang akan ditolak berdasarkan kerja yang diselesaikan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, tindakan bersekongkol dengan ah long sama ada secara rela hati atau paksaan untuk melakukan gangguan atau khianat boleh diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.


"Antaranya, mereka yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951(Akta 400) bagi menjalankan aktiviti pemberi pinjaman tanpa lesen dan Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 bagi kesalahan mendatangkan gangguan kepada pihak peminjam.

"Untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memberi ancaman atau ugutan jenayah, Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat dengan api atau benda letupan," katanya.

Menurutnya, orang ramai diingatkan agar tidak membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman tidak berlesen.

"Orang ramai turut diingatkan agar tidak terlibat sebagai pekerja atau membantu ah long untuk membuat gangguan khianat walaupun secara paksaan kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah," katanya.


Sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along dikesan mengupah peminjam untuk melakukan kerja menyimbah cat dan menghantar notis ugutan kepada peminjam lain.

Picture
GAMBAR hiasan.

Taktik terbaru sindiket itu dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman selepas menerima 2 laporan polis daripada mangsa di Sabah.


Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud aktiviti penawaran kerja oleh sindiket along kepada peminjam dalam dua keadaan.

"Bagi individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan oleh along, mereka ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat atau penghantar notis ugutan dan diberi upah atas kerja dilakukan.

"Bagi peminjam gagal melunaskan pembayaran pula, mereka diminta bekerja dengan along dan jumlah hutang mereka akan ditolak berdasarkan kerja diselesaikan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tindakan bersekongkol dengan sindiket berkenaan sama ada secara rela atau paksaan untuk melakukan gangguan dan khianat adalah perbuatan jenayah.

Katanya, individu yang didapati terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Seksyen 29B(1) akta sama, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 427 KK dan Seksyen 436 KK serta Akta Pencegahan Jenayah 1959.

"Berdasarkan rekod, sejak Januari hingga September tahun ini sejumlah 644 kes pemberi pinjaman wang tanpa lesen disiasat oleh polis.

"Walaupun pelbagai pembanterasan dilaksanakan, namun kegiatan sindiket itu masih berlaku dipercayai kerana wujudnya permintaan di kalangan peminjam," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen dan tidak terbabit sebagai pekerja along walaupun secara paksaan.

SOURCE: Harian Metro , Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.