Bapa Maut, Anak Cedera Van Bertembung 4×4 Di Jalan Papar

Picture
HANCUR: Kenderaan mangsa yang mengalami kerosakan teruk selepas bertembung di Kampung Safoda Jalan Papar di sini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Lelaki maut, 2 kenderaan bertembung

PAPAR: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar, di sini, malam tadi.

Picture
Keadaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, pemandu van, Faizal Lorong, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah.


Keadaan van selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar. Manakala dua lagi mangsa iaitu anak lelaki Faizal berusia 15 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang identitinya belum diperolehi hanya mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.43 malam.

Picture
Keadaan van selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu van Nissan Vanette didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

Picture
Keadaan van selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Keadaan van selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar.


Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa diberikan rawatan oleh pasukan EMRS.


Katanya, kedua-dua mangsa yang terselamat kemudiannya dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth II menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post