Buruh ladang dihukum penjara 16 tahun bunuh suami kekasih

Picture
TERTUDUH: Tertuduh, Iwan Razali, 24, terlepas hukuman mati apabila dipenjara 16 tahun selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Buruh dipenjara 16 tahun sebabkan kematian suami kekasih

TAWAU: Seorang buruh ladang dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian suami kepada kekasihnya, tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Leng menjatuhi hukuman itu ke atas Iwan Razali, 24, selepas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK) dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sebelum ini, Iwan menghadapi pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 KK yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Picture
Iwan dijatuhkan hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei 2018.

Tertuduh diberi pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan setelah surat representasi dari peguambela diterima dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Hock Leng dalam keputusannya menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun keatas tertuduh selepas bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan, sekali gus terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.


Katanya, walaupun tertuduh mengaku salah tetapi mahkamah mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa (si mati).

Picture
Seorang pekerja ladang kelapa sawit mati dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya ditetak selepas bergelut dengan kekasih gelap isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Murai Ladang Kretam, Kalabakan.

“Kecederaan mangsa terlalu banyak iaitu 41 kesan tikaman di seluruh anggota badan selain tangan kiri mangsa turut putus,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran iaitu penjara selama tempoh 16 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Amir Mappiase, 35, di rumah bernombor W010, Blok 3, Kampung Murai, Ladang Kretam Kalabakan, di sini, antara 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 4 Mei 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh A/l Harban Singh dan Kamaruddin Chinki.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.