Lee Chong Wei dilantik duta pelancongan Sabah

Picture
Datuk Lee Chong Wei (kanan) memakai Siga, hiasan kepala tradisional Kadazandusun, disampaikan oleh Datuk Jafry Arifin. – foto Malay Mail
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi ‘Magnet’ Pelancong Antarabangsa

KOTA KINABALU: Proses pemulihan industri pelancongan Sabah dilihat akan berjalan lancar berikutan lantikan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, lantikan ikon sukan ini akan membolehkan usaha mempromosikan Sabah kepada pelancong luar akan terus dipergiatkan.

Picture
‘Living legend’ negara itu dipilih berdasarkan reputasinya yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, penglibatan Chong Wei dalam sukan berbasikal juga boleh dimanfaatkan bagi membantu mempromosikan kawasan pelancongan luar bandar yang mempunyai landskap dan pemandangan yang menarik.

“Sebagai ikon yang mempunyai ramai peminat dan hubungan baik dengan pemain badminton di seluruh dunia, kita percaya lantikan ini akan membantu usaha mempromosikan pelancongan Sabah yang begitu terjejas semasa pandemik Covid-19.


“Disamping itu, kerajaan negeri juga bercadang untuk bekerjasama dengan bekas pemain badminton nombor satu dunia ini bagi menubuhkan Akademi Datuk Lee Chong Wei di Sabah,” katanya semasa majlis penyampaian sijil lantikan duta pelancongan Sabah, hari ini.

Langkah ini bukan hanya akan membantu mencungkil bakat anak-anak muda Sabah dalam sukan badminton tetapi juga, berpotensi menjadikan Sabah sebagai pusat latihan kepada pemain badminton luar negara.

Picture
JAFRY Ariffin (dua kiri) menyampaikan sijil lantikan sebagai duta pelancongan Sabah kepada Lee Chong Wei (dua kanan) di Kota Kinabalu hari ini.

Perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Chong Wei dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bagi tempoh Oktober 2021 hingga Disember 2022.

Sementara itu, Chong Wei berkata, lantikan sebagai duta pelancongan itu adalah satu penghormatan kepadanya dan beliau akan berusaha membawa masuk lebih ramai pelancong ke Sabah melalui promosi yang dilakukan bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB).


Katanya, beliau akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai destinasi pelancongan Sabah kepada rakan-rakan pemain badminton di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Chong Wei berkata, beliau turut menyambut baik keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik semula Rexy Mainaky sebagai timbalan pengarah kejurulatihan BAM.

Chong Wei tiba di Sabah pada Isnin bagi menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang ke-68 yang diadakan dalam satu majlis tertutup semalam. Beliau antara penerima anugerah Jaksa Pendamai (JP). -UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.