Cabana Retreat: Pemandangan Indah Umpama ‘Syurga Dunia’, Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah

Wahh cantikknya! Bagi yang berhasrat ingin ke Kota Belud, ini adalah tempat yang wajib anda pergi bersama orang tersayang🥰

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Indahnya! Pemandangan seakan-akan syurga dunia.

Bila sebut sahaja Sabah, mesti kita terbayangkan langit biru yang indah dan pasir berwarna putih yang mampu memukau kita semua dengan keindahan alam di sana. Lebih-lebih lagi waktu terbenam matahari, memang buat suasana jadi sangat romantik!


Bagi anda yang berhasrat ingin ke Sabah, tempat ini adalah tempat yang wajib anda pergi bersama orang tersayang.

Picture Picture Picture
Pemandangan Indah Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah. Sumber: Facebook Cabana Retreat

Khemah di kawasan persekitaran pantai

Cabana Retreat menawarkan kepada para pengunjung untuk merasa menginap dalam khemah di kawasan persekitaran pantai. Khemah yang besar terletak di ruang terbuka seluas setengah hektar yang menghadap ke pantai Kampung Rampayan ditemani dengan bunyi ombak di pantai ini bakal menarik minat anda!

Picture
Pemandangan Indah Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah. Sumber: Facebook Cabana Retreat

Sangat insta-worthy!

Tempat ini juga mempunyai banyak tarikan untuk anda bergambar di setiap tempat, sangat insta-worthy! Memang confirm sampai tak tahu nak upload yang mana satu. Mereka menyediakan tempat antaranya, tangga yang seolah-olah seperti “Stairway to Heaven“, sarang burung gergasi, dan banyak lagi!


Mari kita lihat segala gambar yang di ambil oleh para pengunjung di Cabana Retreat.



Picture Picture Picture
Pemandangan Indah Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah. Sumber: Facebook Cabana Retreat

Tidak hanya itu, pemandangan juga sangat memukau kepada sesiapa sahaja yang minat untuk menyaksikan sunset di sana. Tempat ini juga menyediakan kemudahan barbeku untuk pengunjung. Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan ini adalah pawagam, bar, kolam renang dan padang bola tampar di tepi pantai.


Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sana, antara aktiviti menarik ialah surfing, melihat bintang, dan menunggang ATV.

Picture Picture Picture
Pemandangan Indah Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah. Sumber: Facebook Cabana Retreat


SOURCE: I Love Borneo!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم