Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli

Picture
Rozman (tiga kiri) semasa sidang media selepas membayar jaminan RM100,000 untuk pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Datuk Rozman mengaku tidak salah guna kedudukan dapatkan rasuah

KUALA LUMPUR: "Berani kerana benar".

Picture
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang. - Astro AWANI

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berhubung pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.


Tegasnya, beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.

"Pertuduhan sekali gus menjatuhkan imej beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kes ini juga akan memberi saya pengalaman sendiri dalam hal penyalahgunaan kuasa yang menjadi semakin teruk sekarang ini.


"Antara perkara yang saya utamakan dalam perjuangan politik saya adalah menentang salah guna kuasa dan mendokong reformasi institusi supaya badan-badan penguat kuasa yang penting seperti SPRM, PDRM, SPR selain badan legislatif dan kehakiman bebas daripada disalah guna oleh mereka yang berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai pertuduhan salah guna kuasa ke atas Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, Rozman menjelaskan, beliau hanya salah seorang daripada 9 Ahli Lembaga Pengarah kepada Lembaga Pelabuhan Labuan dan bukannya pengerusi.

Katanya, di antara Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai tertinggi kerajaan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang faham dasar dan proses untuk kerajaan membuat pelantikan operator.


"Semasa mesyuarat membuat keputusan, saya menyokong operator lama yang dimiliki oleh usahawan bumiputera tempatan itu untuk terus diberi peluang.

"Mereka tidak terpilih kerana majoriti Ahli Lembaga Pengarah memilih syarikat lain dari luar Labuan sebagai operator baharu Pelabuhan Merdeka Labuan dan saya menghormati keputusan mesyuarat itu," katanya.

Jelas Rozman, beliau akan membersihkan namanya serta terus berjuang membasmi budaya salah guna kuasa dan rasuah di negara ini.

Tuduhan rasuah bermotifkan politik - Rozman

Terdahulu, Rozman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.


Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم