Covid-19: 93.78% Sabah daripada 820 kes baru di Sabah dalam Kategori 1 dan 2

Picture
Pekerja kesihatan barisan hadapan menjalankan tugas pengesanan kes yang aktif.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Trend 'turun-naik' kes baharu COVID-19 di Sabah dijangka berterusan

KOTA KINABALU: Trend kes baharu COVID-19 di Sabah dijangka berterusan dalam keadaan 'turun-naik untuk tempoh masa terdekat.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu COVID-19 kembali meningkat dengan penambahan 30 kes menjadikan kes yang direkodkan hari ini sebanyak 820 kes.


Katanya, apabila virus sudah berada dalam komuniti, jangkitan sporadik akan mudah berlaku dan turun-naik jumlah kes harian banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes, manakala sembilan daerah lagi mencatatkan penurunan dan tiga daerah kekal dengan catatan sebagaimana semalam.


"Kota Kinabalu kekal dengan catatan tertinggi kes iaitu 103 kes manakala kes terendah adalah Kalabakan yang hanya mencatatkan dua kes.

"Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara termasuklag Kota Belud, Papar, Tenom, Telupid, dan Pitas. Daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Kota Marudu, Ranau dan Beluran," katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Beliau berkata, jumlah kes melalui saringan bergejala adalah tinggi membabitkan sebanyak 38.7 peratus daripada jumlah kumulatif kes semalam yang juga sinonim dengan kes-kes sporadik.

Masidi berkata, jumlah berkenaan juga menjadi petanda virus COVID-19 sudah berada dalam komuniti secara meluas dan amat penting agar semua penduduk sentiasa mematuhi SOP.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.