Destinasi pelancongan Ranau, Kundasang mula dibanjir pengunjung

Picture
KENANGAN: Sebahagian pengunjung dari Kota Kinabalu merakam gambar kenangan ketika tiba Taman Air Panas Poring Ranau.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



RANAU: Pusat peranginan di daerah ini kini mula dibanjiri pengunjung tempatan untuk melepaskan kerinduan masing-masing ke lokasi menarik di kawasan Ranau dan Kundasang.


Selepas kerajaan negeri Sabah mengumumkan dan membenarkan Rentas Zon kepada warga daerah tertentu, peluang itu dimanfaatkan warga kota dan penduduk daerah lain yang satu zon dengannya melawat ke Ranau dan Kundasang.


Destinasi pengunjung tertumpu ke Taman Air Panas Poring dan Kinabalu Sky Bike berhampiran Ranau Rabbit Farm (RRF) dekat Kg.Kigiok Ranau mula dibuka kepada orang ramai sejak 1 Oktober lepas.

Pemilik Kinabalu Sky Bike dan RRF yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, memberitahu para pelawat ke lokasi miliknya itu hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan termasuklah telah melengkapkan dua dos suntikan Vaksin bagi mengekang jangkitan COVID-19.


"Para pengunjung amat digalakkan untuk menerima vaksin dua dos lengkap supaya ada benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar di lihat dengan mata kasar kita", katanya.


Pada Ahad lalu. ramai pengunjung dari Kota Kinabalu ke Taman Air Panas Poring, Pekan Kundasang, RRF, Kinabalu Sky Bike dan Pusat Tagal Luanti yang sememanya menyediakan pelbagai aktiviti dengan bayaran tertentu.


"Mujur rentas Zon dibenarkan maka peluang ini kami manfaatkan untuk melawat lokasi menarik di daerah ini yang sudah mula dibuka kepada orang ramai", kata salah seorang pengunjung dari Kota Kinabalu yang enggan namanya disiarkan.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.