Imej saya ‘Dirosakkan’ Sebelum PRU15, Kata MP Labuan

Picture
Anggota parlimen Parti Warisan Sabah mengatakan bahawa dia bersedia untuk melawan tuduhan yang didakwanya bertujuan untuk mencemarkan reputasinya sebelum pilihan raya umum akan datang. - Gambar Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli berkata beliau mahu memerangi salah guna kuasa dan rasuah.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli daripada Warisan mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, dan menganggap kerajaan mahu merosakkan reputasinya menjelang pilihan raya umum.


Terdahulu, laporan media menyebut Rozman bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bercakap kepada FMT, Rozman mendakwa kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan.

Beliau mendakwa, tuduhan itu susulan kegagalan kerajaan memujuknya melompat parti meninggalkan Warisan.

“Ini bukan perkara baharu. Mereka mencubanya sejak 2020. Tetapi saya tidak bimbang.


“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.

“Objektif pertama adalah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang”.


Menurut kenyataan SPRM, seorang Ahli Parlimen akan didakwa di mahkamah pada 9 pagi esok.

SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan, namun sumber menamakan Rozman sebagai individu itu kepada FMT.

Sumber turut berkata, Rozman akan menghadapi tuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu. – FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.