JBPM Sabah pasang LiSA di 3 lokasi risiko tinggi kes lemas

Picture
ANGGOTA membuat kerja memasang Life Saving Appliances (LiSA) di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson. FOTO Ihsan Bomba
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


JBPM Sabah pasang LiSA di Kota Belud, Tuaran, Likas

Kota Belud: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sudah memasang 3 peti Life Saving Appliances (LiSA) di lokasi dikenalpasti memerlukan keperluan berkenaan.

Pemasangan peralatan LiSA itu berdasarkan pemilihan kawasan rekreasi tumpuan pelancong dan risiko tinggi kes lemas serta kemalangan di air dijangka sering berlaku.


Setakat ini, 3 kawasan yang dilengkapi keperluan itu ialah Polumpung Melangkap View Campsite, Kota Belud, Taman Awam Teluk Likas dan Pantai Syahbandar Tuaran.

Picture
PERIKSA: Md Ali memeriksa LiSA yang lengkap dipasang di Polumpung Melangkap View Campsite di sini.

Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail berkata, LiSA mengandungi peralatan seperti pelampung, jaket keselamatan, 'throw bag rope' serta dilengkapi dengan siren.

Beliau berkata, ia digunakan sebagai persediaan awal dalam menghadapi kecemasan, sekali gus meminimumkan kadar kemalangan membabitkan aktiviti air.


"Kami memasang peralatan ini dan mengadakan kempen di kawasan aktiviti air kerana banyak kejadian tidak diingini berlaku dan ini sebagai persediaan awal menghadapi segala kemungkinan.

"Setakat ini, kami memasang LiSA di tiga lokasi dan akan diteruskan ke beberapa lagi lokasi lain difikirkan perlu, namun tertakluk kepada peruntukkan ibu pejabat," katanya.

Picture
MD Ali Menyerah Sijil Penghargaan penubuhan Bomba Komuniti di Polumpung Melangkap, Kota Belud. FOTO Juwan Riduan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran, Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) dan Pentauliahan Pasukan Bomba Komuniti di Polumpung Melangkap View Camp Site, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Belud, Doris William @ Diyanah Abdullah dan Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan.

Md Ali berkata, peralatan LiSA dilengkapkan dengan sistem GPS dan amaran seperti Beacon dan Siren bila loker peralatan dibuka dan digunakan.


Sementara itu, Md Ali turut melancarkan Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti iaitu salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan JBPM.

Beliau berkata, ia adalah langkah awal bagi menangani masalah 'response time' kehadiran pasukan bomba ke tempat kejadian.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.