Lelaki dikhuatiri lemas ketika ambil pukat di Sungai Padas, Kuala Tomani

Picture
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Padas, petang tadi. - Foto BOMBA
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan petang tadi kerana cuaca tidak mengizinkan

TENOM - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mengambil pukat di Sungai Padas, Kuala Tomani, di sini pada Sabtu.

Picture
Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Padas berhampiran Kuala Tomani, Kemabong Tenom pagi tadi.-IHSAN Bomba

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 petang selepas penduduk kampung menyedari mangsa yang dikenali sebagai Zali Tun, 25, hilang di sungai itu.


Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom dengan bantuan empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bergegas ke lokasi yang terletak 40 kilometer dari balai bomba.

"Menurut maklumat, mangsa lemas ketika mengambil pukat di sungai berkenaan.

"Pasukan penyelamat kemudian melakukan operasi pencarian sejauh 600 meter dan menyusuri tebing Sungai Padas sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa lemas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Bagaimanapun katanya, mangsa tidak ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 5.37 petang.

"Operasi mencari mangsa akan diteruskan esok," katanya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.