Majlis makan ramai-ramai, kenduri kematian cetus 2 kluster di Sabah

Picture
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Covid-19: Majlis makan, kenduri kematian cetus dua kluster

KOTA KINABALU: Kegagalan penduduk di 2 buah kampung di daerah Beaufort mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan aktiviti makan-makan dan kenduri kematian mencetus kluster Covid-19 di kedua-dua kampung berkenaan.

Aktiviti berkumpul dan makan beramai-ramai di rumah mencetuskan kluster baharu berkaitan tempat kerja membabitkan klinik kerajaan hari ini, iaitu Kluster Kampung Bawan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster di daerah Beaufort itu membabitkan jangkitan di rumah keluarga kes indeks di Kampung Bawan, seminggu sebelum dikesan positif.


"Kes indeks adalah petugas kesihatan, iaitu lelaki berusia 31 tahun dan tinggal di kuarters kerajaan bersama rakan apabila bertugas atas panggilan.

"Beliau disahkan positif pada 7 Oktober di Klinik Kesihatan Membakut, selepas demam dan batuk sejak 4 Oktober lalu.


"Hasil saringan kontak rapat, seramai 24 ahli keluarga dan 10 rakan setugas didapati positif. Antara 7 Oktober sehingga 21 Oktober lalu, sebanyak 34 kes termasuk dua kes baharu hasil saringan ke atas 51 kontak dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Masidi berkata, satu lagi kluster dikesan di daerah sama iaitu Kluster Kampung Batu 66 membabitkan kes indeks seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang disahkan positif pada 8 Oktober.

Katanya, jangkitan dipercayai berpunca daripada kenduri kematian hari ke-40 mendiang bapa kepada kes indeks pada 4 Oktober lalu di Kampung Batu 66 dan dihadiri keluarga serta jiran terdekat.


"Majlis pengebumian pada 11 Oktober turut dipercayai menyumbang kepada peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan komuniti.

"Majoriti kes positif membabitkan ahli keluarga dan tetamu sekitar Mukim Montenior. Bermula 8 sehingga 21 Oktober, sebanyak 29 kes termasuk dua kes baharu dikesan daripada 36 kontak disaring," katanya.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.