Pegawai polis, rakan maut kereta terbabas rempuh pokok di Jalan Lintas

Picture
Kenderaan rosak teruk setelah terbabas rempuh pokok di pembahagi jalan di sepanjang Jalan Lintas dekat Metrotown pada Khamis.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pegawai polis dan rakan maut, kenderaan terbabas sendiri

KOTA KINABALU: Hilang kawalan ketika memandu hingga merempuh sebatang pokok mengakibatkan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakannya maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lintas berhampiran Metro town hari ini.

Picture
Kenderaan dipandu pegawai polis yang maut dalam kemalangan di Jalan Lintas berhampiran Metro town, Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN PDRM

Akibat rempuhan yang kuat pada pokok, kedua-dua mangsa, Asisten Superintendan (ASP), Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, dan rakannya Dylevia Dewalter,38, tercampak keluar dan termasuk ke dalam longkang di pembahagi jalan.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abd Rakman berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, kenderaan Nissan Almera yang dipandu pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak itu terbabas sendiri sebelum merempuh sebatang pokok.


“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mereka tercampak keluar daripada kenderaan dan ditemukan di dalam longkang di kawasan pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke unit kecemasan HQEII dan disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan,” katanya.


Menurut beliau, semasa kejadian keadaan jalan agak lengang dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.