Pengunjung Centre Point Gempar

Picture
Keadaan asap selepas papan tanda di sebuah premis di tingkat 5 terbakar.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Pusat beli-belah Centre Point gempar seketika

KOTA KINABALU: Pengunjung dan pekerja di tingkat lima bangunan Centre Point, di sini, gempar apabila papan tanda di sebuah premis berkenaan terbakar, hari ini.


Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, orang ramai membabitkan pengunjung, pemilik dan pekerja kedai di bangunan berkenaan turut keluar menyelamatkan diri selepas air pancuran (wet raiser) tiba-tiba berfungsi.


Pasukan keselamatan yang berada di lokasi kejadian bertindak pantas memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.



Seorang pengunjung, Jefri Ganni, 30, berkata, dia dan teman wanitanya baru saja sampai berada di tingkat lima bangunan berkenaan untuk menonton wayang.

Bagaimanapun, katanya, keadaan tiba-tiba bertukar kecoh apabila pengunjung dan pekerja di tingkat itu mula melarikan diri untuk turun ke tingkat bawah beramai-ramai.

Picture
Pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu.

“Keadaan bertambah panik apabila kami melihat asap tebal mula menyelubungi tingkat 5 dan air pancuran mula dilepaskan.


“Kami terus turun ke tingkat bawah sebelum keluar dari bangunan untuk keselamatan diri,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Jefri berkata, selepas lebih 30 minit, keadaan dikhabarkan kembali normal apabila api dapat dipadamkan.

Sementara itu, seorang pekerja di sebuah premis yang dikenali sebagai Janet, 25, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku.

Katanya, walaupun tidak sempat melihat api kebakaran berkenaan, namun kekecohan itu cukup menggerunkan dan membuatkan dia dan rakannya terus keluar menyelamatkan diri.

“Masa orang ramai lari turun ke bawah, kami terdengar ada orang berkata ‘terbakar’ beberapa kali.

“Ditambah lagi dengan asap yang tebal mula kelihatan, kami terus turun ke bawah sebelum keluar ke tempat selamat,” katanya. – HMetro

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.