Persahabatan hingga ke tali gantung, 2 didapati bersalah

Picture
Dua lelaki yang juga sahabat karib dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah mengedar dadah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Dua sahabat ke tali gantung

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua sahabat kerana mengedar 327.1g dadah jenis Methamphetamine, dua tahun lalu.


Ardiansyah Sudirman, 33, dan Muhammad Taufiq Asis, 29, didapati bersalah selepas Hakim Lim Hock Leng mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes terhadap mereka.


Lim ketika membacakan keputusan itu berkata, pembelaan yang dikemukakan ialah kedua-dua tertuduh tidak berada di tempat kejadian, selain pembelaan alternatif bahawa mereka tidak mengetahui isi kandungan kotak atau barang kes terbabit.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan tentang dadah berkenaan dan berjaya membuktikan kedua-dua mereka mengedar dadah berkenaan,” katanya.


Dua tertuduh yang juga rakan karib itu didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine secara bersama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) lama, dekat sini, pada 1 petang 14 April 2019.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan boleh disebat sehingga 15 kali.

Picture
Ardiansyah (kanan) dan Muhammad Taufiq (tengah) dijatuhkan hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Ali Imran, manakala Ardiansyah diwakili peguam Jhassary Kang dan Andy Tay mewakili Muhammad Taufiq.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.