PAPAR: Penghuni di sebuah rumah berhadapan detik cemas selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.20 pagi di Kampung Lakut Jalan Kota Kinabalu Lama di sini semalam.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Dahlan Jainuddin berkata bertindak dengan panggilan kecemasan di terima jam 5.21 pagi, pihaknya menggegaskan sembilan pegawai serta anggota ke lokasi yang terletak lima kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.
TERBAKAR: Api marak memusnahkan sebuah rumah dan empat kereta milik penduduk di Kampung Lakut Jalan Kota Kinabalu Lama di sini.
“Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 40X60 kaki persegi musnah terbakar.
“Turut terbakar ialah empat buah kereta milik penghuni bagaimanapun tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini,” katanya.
Beliau berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 300 kaki dengan sumber air dari jentera bomba.
“Kebakaran dapat dikawal jam 6.06 pagi dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 8 pagi,” katanya sambil menambah punca kejadian masih dalam siasatan.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment