Sabah dalam landasan trend pelandaian kes Covid-19 - Masidi

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kota Kinabalu: Sabah kini berada dalam landasan untuk trend pelandaian kes Covid-19 apabila analisis data menunjukkan terdapat penurunan kes baharu direkodkan sejak minggu lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata penurunan kes terus berlaku pada Isnin dengan 677 kes, iaitu jumlah kes baharu terendah direkodkan sejak 24 Julai lepas.


“Penurunan secara keseluruhan dicatatkan hari ini (Isnin) menunjukkan prestasi yang baik. Sebanyak 21 daerah mencatatkan penurunan kes dan hanya lima daerah mencatatkan peningkatan kes, manakala satu daerah iaitu Kudat kekal dengan catatan kes seperti direkodkan semalam (33 kes).

“Hanya tiga daerah mencatatkan kes di atas paras 50 kes iaitu Kinabatangan (107 kes); Kota Kinabalu (94 kes) dan Keningau (78 kes),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Masidi berkata orang ramai sekali lagi diingatkan bahawa faktor utama kenaikan atau penurunan graf jangkitan kes baharu adalah bergantung kepada sikap.

Beliau berkata pematuhan secara menyeluruh terhadap semua prosedur operasi standard dan amalan baik penjagaan kesihatan diri merupakan antara kunci utama bagi mengelak jangkitan virus Covid-19.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan dua

kluster baharu di Kinabatangan

melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit, sekali gus menjadi punca peningkatan drastik jumlah kes baharu di daerah tersebut.

“Dua kluster ini menyumbang 82.2 peratus daripada kes yang direkodkan di Kinabatangan hari ini,” katanya.


Dalam kenyataan medianya malam tadi, Masidi berkata Kluster Sungai Tabulion tercetus di Estet Kelapa Sawit Malbumi Gedau membabitkan seorang wanita asing yang bekerja di bahagian pembersihan berumur 52 tahun, yang dikesan positif di Hospital Duchess of Kent pada 28 September.

“Saringan kontak mendapati 62 lagi positif dalam kalangan kontak sosial, kakitangan dan tanggungan, menjadikan jumlah kes dalam kluster ini kepada 63,” katanya.

Kluster Sandau Sawit tercetus di dalam kilang yang berpunca daripada seorang lelaki Indonesia berumur 30 tahun yang diuji positif di Klinik Mabello Paris pada 29 Oktober, ketika saringan di tempat kerja.

“Saringan kontak mendapati 27 lagi positif dalam kalangan kontak sosial dan kakitangan. Terdapat 28 kes direkodkan dalam kluster ini, setakat ini,” kata Masidi.


Mengenai kes-kes tertunggak,

Masidi berkata tiada lagi kes-kes tertunggak dari lebih lima hari lalu. Daripada 677 kes itu, 384 adalah dari 24 jam lepas dan bakinya adalah kes tertunggak dari dua hingga lima hari lalu.

Kontak rapat masih lagi penyumbang terbesar kepada jumlah kes dengan 363 kes (53.62 peratus), disusuli 171 kes bergejala (25.26 peratus) dan 93 kes kluster (13.74 peratus).

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.