Sah! Ketua Penerangan Warisan Dr. Yusof Yacob tinggalkan parti

Picture
Dr. Yusof Yacob (kanan) di sidang media sebentar tadi
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

ADUN Sindumin sah keluar Warisan

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr. Yusof Yacob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, mengumumkan secara rasmi beliau keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau memaklumkan ini dalam sidang media yang diadakan di Dewan Teater, Marina, Sutera Harbour, di sini sebentar tadi.


Beliau meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan yang memerintah.

Picture
Yusof (kanan) mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Sinar Harian

ADUN Sindumin ini mahu membantu rakyat di kawasannya dan demi kestabilan politik di Sabah maka, beliau memutuskan untuk meninggalkan parti Warisan yang kini berada dalam blok pembangkang.


Ketua Bahagian Warisan Sipitang ini antara pemimpin terawal yang berjuang sejak Warisan ditubuhkan dan pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi semasa Warisan memerintah Sabah.

Picture
Datuk Dr Yusof Yacob ADUN Sindumin umum keluar Parti Warisan Sabah.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.


Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.