Sindiket pecah rumah sekitar Semporna dilumpuhkan

Picture
MOHD. Farhan Lee Abdullah (tiga kanan) menunjukkan hasil rampasan kes pecah rumah di sekitar Semporna dalam satu sidang media hari ini.-IHSAN Polis
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Tangkapan 12 lelaki selesai 12 kes pecah rumah

SEMPORNA: Tangkapan terhadap 12 orang lelaki termasuk lima warga asing berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah yang berlaku sekitar daerah ini bagi dalam tempoh dua bulan.


Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan 12 lelaki yang berusia antara 17 hingga 53 tahun ini dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam pada Khamis lalu di Kampung (Kg) Bangau-Bangau, Kg Panji dan Kg Tembok.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan daripada laporan polis pada 5 September lalu mengenai kes pecah masuk di Taman Semporna Centre yang menyebabkan pengadu kehilangan komputer riba, telefon bimbit, tiga utas jam tangan, dua buah beg dan beberapa peralatan lain.

Picture
Farhan (tengah) menunjukkan barang-barang curi yang dirampas dari sindiket pecah rumah.

“Susulan kes pecah rumah yang berlaku, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat,” katanya dalam sidang akhbar , hari ini.

Justeru itu, hasil risikan dan maklumat awam, pasukan polis berjaya menahan 12 lelaki yang terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan lima warga asing pada 28 September lalu dan kesemua mereka ditahan reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

“Dengan penangkapan ini, polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 12 kes pecah rumah sekitar Semporna yang membabitkan kerugian RM20,000.


“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan boleh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun yang sama kerana menerima atau menyimpan harta curi,” katanya.

Mohd. Farhan turut menasihatkan orang awam agar tidak sewenang-wenangnya membeli barangan yang tidak diketahui statusnya kerana dikhuatiri barangan itu hasil daripada aktiviti jenayah.- UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.