SK Kirokot Ranau johan pertandingan antarabangsa

Picture
Areha (kiri) dan Jetty
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


SK Kirokot harumkan nama negara muncul juara di pertandingan antarabangsa

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot sini mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila muncul sebagai johan dan memenangi Pingat Emas di pertandingan anjuran MIICA (Malaysian Innovation, Invention and Creativity Association).


Sekolah tersebut mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan tersebut diadakan secara maya kerana pandemik Covid-19. Antara negara yang menjadi tuan rumah ialah Turkey, Indonesia, Nigeria dan juga Malaysia.


Tajuk yang dibentangkan ialah “Facemask 2.0 – Creating clean environment and reduce waste through recycling”.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan cemerlang SK Kirokot Ranau di peringkat antarabangsa.

“Ini membuktikan bahawa kita mampu bersaing, Ranau Hebat!,” kata Majus.


Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara itu, iaitu Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend, yang telah membentangkan kajian medium bahasa Inggeris dengan cemerlang.

Situasi pandemik dan norma baharu pendidikan tidak menghalang SK Kirokot untuk terus menghasilkan kejayaan bermakna ini. “Ini sudah pasti akan menyuntik semangat sekolah-sekolah yang lain bukan sahaja di Ranau tetapi di seluruh Malaysia,” kata Majus.

Picture
Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Michael Bahinding iaitu Guru Besar SK Kirokot; Jurulatih Utama dan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau, Hallsen Justin; Penolong Kanan KOKUM; Konys Berimbun, Yang Dipertua PIBG SK Kirokot; serta semua para ibubapa yang terlibat.

Sementara itu, Guru besar SK Kirokot berasa amat bersyukur kerana atas anugerah Tuhan, SK Kirokot berjaya memasuki peringkat antarabangsa.


“Ini adalah berkat semua warga pendidik di dalam bidang Inovasi sekolah Ini”, ujar Michael.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang ini.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.