Tapak perkhemahan yang begitu sepi sejak 3 bulan lalu kini mula ‘bernyawa’

Picture
KAWASAN tapak perkhemahan Polumpung, Melangkap di Kota Belud. – IHSAN Media Sosial
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Sekarang sudah boleh hirup udara segar Kundasang

KOTA KINABALU: Tapak perkhemahan yang begitu sepi sejak tiga bulan lalu kini mula ‘bernyawa’ dengan kehadiran orang ramai pada hujung minggu.

Picture
KAWASAN tapak perkhemahan Polumpung, Melangkap di Kota Belud. – IHSAN Media Sosial

Kehadiran pengunjung tempatan yang tidak putus-putus sejak minggu lalu memberi kelegaan kepada pengusaha ekopelancongan di Kota Belud.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penyelia Tapak Perkhemahan Polumpung Melangkap, Nora Sambatan berkata, beliau boleh menarik nafas lega kerana operasi mereka bertambah baik sejak pergerakan rentas daerah mengikut zon dibenarkan dan bermula Khamis, pergerakan rentas daerah pula dibenarkan.

Picture
POLUMPUNG Chalet salah satu penginapan yang terdapat di Melangkap, Kota Belud. – IHSAN Media Sosial

Kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini membolehkan pe­ngusaha ekopelancongan seperti mereka menerima lebih banyak tempahan pada hujung minggu. Tapak perkhemahan yang berlatar belakang Gunung Kinabalu itu turut menempatkan inap desa dan chalet mampu menampung 150 orang pengunjung pada satu-satu masa.


Menurutnya, hujung minggu lalu mereka terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung harian kepada 100 orang kerana pengunjung terlalu ramai bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jelasnya, pengunjung dewasa yang datang juga perlu lengkap divaksin seperti ditetapkan dalam SOP bagi aktiviti pelancongan.

Picture
JAPIRIL SUHAIMIN

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang, Japiril Suhaimin berkata, semua pe­ngusaha homestay atau inap desa di Kundasang sudah mula menerima tempahan penuh sejak minggu lalu.

“Setiap hujung minggu kita memang menerima tempahan penuh, begitu juga pada hujung minggu depan. Namun, pada hari biasa tempahan masih lagi perlahan.

“Walau bagaimanapun setakat ini, semua pengusaha inap desa dan kedai makan juga sudah boleh beroperasi,” katanya.


Menurut beliau, perkemba­ngan itu menunjukkan kebenaran rentas daerah membolehkan aktiviti pelancongan dan ekonomi kembali rancak malah diharap tempahan juga akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Saya percaya orang yang selama ini ‘terpenjara’ akhirnya boleh menghirup semula udara segar di Kundasang,” katanya.

Jelasnya, pematuhan SOP yang ketat sentiasa diamalkan bagi memastikan hanya orang dewasa yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan menginap.- UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.