Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun cedera selepas jari telunjuk tangan kirinya tersangkut pada tombol pintu dipercayai di rumahnya, hari ini.
Macam mana boleh tersangkut dik...
Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun cedera selepas jari telunjuk tangan kirinya tersangkut pada tombol pintu di rumahnya, di sini, hari ini.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada lubang tombol pintu. FOTO Ihsan Bomba
Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk bantuan kecemasan, namun pihak hospital gagal menanggalkan tombol yang tersangkut pada jari mangsa sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk memberikan bantuan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.32 pagi.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerah ke lokasi mangsa di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Lahad Datu.
"Pasukan operasi menjalankan operasi mengeluarkan tombol pintu yang masih tersangkut pada jari kanak-kanak terbabit," katanya, hari ini.
Jari kanak-kanak cedera tersangkut pada tombol pintu
Menurutnya, pasukan bomba bertindak memotong serta menanggalkan tombol pintu itu menggunakan alat pemotong khas.
Keadaan jari telunjuk yang cedera selepas tombol pintu berjaya ditanggalkan. Pix ihsan Bomba
"Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sebelum operasi tamat pada 1.14 tengah hari," katanya.
SOURCE: hmetro
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق