Restoran anjur pusat hiburan diserbu Polis Lahad Datu

Picture
RAMPAS: Polis rampas peralatan yang digunakan di pusat hiburan tersebut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Langgar SOP: 2 ditahan, 7 dikenakan kompaun bila Polis serbu restoran dijadikan pusat hiburan

LAHAD DATU: Sebuah restoran diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas didapati menjadikan premis itu sebagai pusat hiburan, di sini pada Sabtu lalu.

Picture
Serbuan yang dilakukan menerusi Op Noda dan Op COVID-19 itu dijalankan selepas menerima aduan mengenai kegiatan itu.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata premis itu dikesan telah menganjurkan pusat hiburan dan didapati melanggar syarat lesen perniagaan.

Picture
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di bandar Lahad Datu yang menyalah guna lesen restoran. Pix ihsan PDRM

“Semasa serbuan dilakukan premis itu turut menerima ramai pengunjung dan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Picture
Antara pengunjung yang dikenakan kompaun kerana ingkar SOP PPN Fasa 4. Pix ihsan PDRM

“Selain itu, premis juga tidak mewajibkan pelanggan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan dos vaksin sebelum masuk,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam. Menurutnya, polis telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,500 terhadap tujuh pengunjung premis yang terdiri dua wanita dan lima lelaki berumur 24 hingga 40 tahun kerana melanggar SOP.



“Pasukan serbuan turut menahan dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun yang merupakan penjaga premis kerana melanggar syarat lesen operasi dengan menjalankan aktiviti hiburan.

“Polis juga merampas enam peralatan yang digunakan di premis tersebut termasuk komputer, monitor dan pembesar suara,” katanya.

Katanya, polis kini dalam usaha mengesan pemilik premis berkenaan kerana melanggar syarat lesen perniagaan dan menganjurkan pusat hiburan.

Picture
Polis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan yang menyalahgunaan lesen restoran. Pix ihsan PDRM

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut peraturan 17 pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2021,” katanya.


Rohan berkata IPD Lahad Datu terus komited memantau setiap individu, premis perniagaan dan seupamanya dalam memastikan penularan wabak COVID-19 di daerah ini terus terkawal.

“Polis juga akan mengadakan operasi secara berterusan supaya tiada pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan awam,” katanya.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم