Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah

Picture
WAWA (dua dari kanan) diiring peguamnya ketika keluar dari pejabat polis Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Wawa mengaku tidak bersalah aibkan polis

Kota Kinabalu: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap tuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) 1 jun lalu.

Tertuduh Wawa atau nama sebenarnya Nur Jawaheer Ismail, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.


Nur Jawaheer Ismail (dua dari kanan) diiring peguamnya ketika keluar dari pejabat polis Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Mengikut kertas pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang dalam sekatan jalan di Jalan kepayan, di sini.

Picture
Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah

Wawa didakwa mengaibkan kehormatan terhadap Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan ‘nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’.



Wawa didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan wawa diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan bagi pertuduhan dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Picture
Nur Jawaheer Ismail (dua dari kanan) diiring peguamnya ketika keluar dari pejabat polis Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya DK Afiqah Alya dan Adibah Saiful manakala tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman netizen walaupun tidak diketahui punca sebenar kejadian berkenaan.

Wawa kemudiannya ditahan polis pada 17 Jun lalu sebelum direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.


Polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.