Suami Sanggup Redah Banjir & Jalan Kaki 20km, Cari Bini Tersangkut Di Bus Stop

Picture
Suami Sanggup Redah Banjir & Jalan Kaki 20km, Cari Bini Tersangkut Di Bus Stop
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Sejak hujung minggu lalu, banyak jalan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor ditutup akibat ditenggelami air berikutan taburan hujan yang tinggi. Bukan sahaja melambatkan proses penghantaran bantuan kepada mereka yang terjejas, malah orang awam juga berdepan kesukaran untuk berpindah atau bergerak ke lokasi lain.

Phone takda bateri, menangis stuck sorang-sorang di bus stop…tiba-tiba nampak suami datang

Itulah situasi yang turut dilalui oleh Andi Harliza yang tersangkut di sebuah perhentian bas di TTDI kelmarin. Keadaan malah tidak berpihak kepadanya apabila telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan tiada powerbank ketika itu. Tatkala wanita tersebut nangis mengenangkan dugaan yang menimpa, namun tiba-tiba suaminya muncul berjalan kaki ke arah bus stop tersebut.

Picture


Picture

Rupanya dia memang jalan kaki 20km cari saya yang lost contact…I love you suami

Mereka singgah ke sebuah stesen minyak untuk urusan tandas dan mengalas perut terlebih dahulu, sebelum berjalan kaki sejauh 20km untuk pulang ke rumah di Sek. 11 Shah Alam. Selain melihat keadaan sekeliling yang masih dinaiki air, Andi Harliza dan suaminya malah terpaksa meredah banjir hingga ke paras pinggang. Tak cukup dengan itu, mereka turut menyampaikan informasi keadaan jalan tersebut kepada pengguna jalan raya lain yang tersangkut akibat kesesakan juga.

@gadislesungbatu

masuk sini biar sy ingt peristiwa nie smpai bila2🥺🥺 ##banjir2021 ##shahalam

♬ Колыбельная - Bilal-Music&Kaysar-上海


@gadislesungbatu

##banjir2021😢

♬ My Heart Will Go On (Titanic) - Maliheh Saeedi & Faraz Taali

Bertuah dapat suami yang caring & bertanggungjawab…menangis tengok, tak boleh bayangkan kalau kena macam tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan pengorbanan serta kasih sayang yang dipamerkan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Selain kagum dapat redah banjir dan jalan kaki jauh hanya memakai selipar sahaja, mereka turut memuji suami Andi Harliza kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat baik.

Picture


Picture


Picture


Picture
Kredit : TikTok gadislesungbatu

SOURCE: /viralnewsupdates.com

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post