253 kes baharu COVID-19, jangkitan bagi kanak-kanak membimbangkan

Picture
Covid-19: Peningkatan kes di Sabah membimbangkan, hampir 20% melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun, kata Masidi
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Sabah: Peningkatan mendadak kes Covid-19 kepada 253

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kenaikan mendadak kes baharu COVID-19 hari ini membabitkan peningkatan sebanyak 92 kes sekali gus menjadikan jumlah sebanyak 253 kes.

Picture
Seorang pekerja kesihatan menyimpan sampel ujian swab Covid-19 untuk ujian. — Foto Bernama

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatkan kes baharu yang lebih tinggi.

Katanya, sebanyak 10 daerah merekodkan kes dua angka berbanding lima daerah semalam antaranya, Kota Kinabalu 49 kes, Tuaran 29 kes, Kota Marudu 19 kes, Penampang 18 kes, dan Sandakan 15 kes.


Menurutnya, daerah Putatan dan Kunak tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

"Sebanyak 50 daripada 253 kes semalam atau 19.8 peratus melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.


"Statistik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun agak tinggi dan membimbangkan.

"Diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah-langkah dan inisiatif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, peratusan jumlah kes kategori saringan kontak rapat adalah 45.8 peratus dan saringan bergejala 43.1 peratus.

Jumlah berkenaan jelasnya, menunjukkan virus COVID-19 berada dalam masyarakat secara meluas serta kelalaian orang ramai daripada mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP).

"Kita berharap kes yang naik mendadak ini bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan tahun baharu yang membelakangkan SOP dan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.



Masidi berkata, sekiranya acara-acara keramaian menyambut tahun baharu adalah punca kenaikan kes hari ini, tidak mustahil Sabah akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang.

SOURCE: utusanborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.