Mayat lelaki dengan kesan terbakar di badan ditemukan di Pantai Lok Kawi

Picture
Putatan: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan terbakar pada tubuhnya di sebuah pondok di kawasan pantai Lok Kawi, di sini, semalam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Mayat terbakar ditemui di pantai

PENAMPANG: Mayat lelaki dengan kesan terbakar di bahagian badan ditemukan di Pantai Lok Kawi Putatan di sini kelmarin.

Picture
SDR: Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa ditemukan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh orang awam.

“Bertindak dengan maklumat, pihak polis menjalankan siasatan sebelum mendapati mayat lelaki dipercayai terbakar di salah satu pondok riadah di kawasan pantai terbabit.



“Hasil siasatan pihak Forensik mendapati tiada sebarang elemen jenayah dan senjata yang ditemukan di tempat kejadian,” katanya.


Tambahnya, pihak polis juga menemukan cecair yang mengandungi bahan mudah terbakar dan beberapa barangan peribadi termasuk kenderaan milik mangsa di tempat kejadian.

Picture
“Berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalan terbabit, mangsa berumur 22 tahun dan alamat terakhirnya adalah di Taman Tanaki, Penampang, Sabah.


“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

SOURCE: utusanborneo.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.