Bayi 6 bulan dari Penampang, Sabah hadapi masalah jantung serius

Picture
Sharon Cyril George bersama bayinya yang mengalami masalah jantung di Hospiital Gleneagles Kuala Lumpur - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


'Tolong bantu Angel'

KUALA LUMPUR: Pada usia enam bulan, Angel Veronica Isaac, terpaksa menanggung penderitaan berganda apabila dilahirkan dengan masalah saluran darah sempit, jantung berlubang salur darah terbalik.

Masalah saluran darah sempit itu menyebabkan bayi dari Penampang, Sabah, itu sering mengalami kekurangan oksigen kerana tidak boleh bernafas dengan sempurna sehinggakan tubuhnya membiru.


Ibunya, Sharon Cyril George, 21, berkata jika tidak dirawat segera bayinya perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan seumur hidup.

Beliau berkata, doktor mula mengesan masalah Angel Veronica apabila bayi itu tidak menangis sebaik dilahirkan menerusi pembedahan 'ceaserian' di Hospital Pakar Wanita Dan Kanak - Kanak, Kota Kinabalu.


"Selepas pembedahan doktor mengesan masalah jantung Angel Veronica, dia hanya menangis seperti kanak-kanak baru lahir lain apabila diberikan bantuan mesin pernafasan," katanya hari ini.

Beliau berkata, Angel Veronica perlu menjalani pembedahan BT Shunt untuk menggantikan saluran darah yang sempit dengan tiub tiruan (Tiub Gerotex) membolehkan darah mengalir seperti biasa.



Sharon Cyril berkata selain masalah saluran darah sempit, bayi sulungnya itu juga menghadapi masalah lain iaitu jantung berlubang dan saluran darah terbalik.

Katanya, Angel Veronica dijangka menjalani dua lagi pembedahan bagi jantung berlubang dan saluran darah terbalik dalam tempoh terdekat selepas berat badan dan umurnya sesuai.

Beliau berkata kos keseluruhan bagi pembedahan bayinya itu mencecah RM50,000.


Orang ramai yang ingin membantu Angel Veronica boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP.

Picture
Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 4, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menerusi akaun bank Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP (MAYBANK - 5141-0532-3170).

SOURCE: bharian.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post