Lelaki menyamar jadi wanita pecah masuk rumah sebelum dicekup orang awam

Foto - deasoka.com

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki menyamar jadi wanita pecah masuk rumah sebelum dicekup orang awam

Tawau: Seorang lelaki menyamar menjadi wanita selepas memecah masuk sebuah rumah dicekup orang awam dalam kejadian di Taman Ria Height Fasa 1B, Jalan Utara Baru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, suspek berusia 35 tahun cuba melarikan diri dengan memakai baju tidur wanita, bertudung dan menggunakan pelitup mulut ketika keluar dari rumah yang dipecah masuknya.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, hasil siasatan, pengadu seorang wanita berusia 18 tahun baru tiba di rumahnya selepas keluar menghantar ibunya ke tempat kerja.

Katanya, sebaik tiba, pengadu hairan apabila mendapati sepasang selipar diletakkan di hadapan pintu sebelum mengesyaki rumahnya telah dipecah masuk.


Picture
“Pengadu juga mendapati jeriji dan pintu utama rumahnya ditutup tidak rapat.

“Pengadu bertindak masuk semula ke dalam kenderaan dan tiba-tiba ternampak seorang lelaki berpakaian baju tidur wanita, memakai tudung dan menggunakan pelitup mulut keluar dari pintu hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Katanya, pengadu kemudian menghubungi sepupunya yang tinggal di taman yang sama.

“Pengadu melihat suspek terus berlari keluar dari rumah dan masuk ke dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di lorong hadapan rumah serta terus memecut secara mengundur.



“Selepas kira-kira 30 minit kemudian, pengadu dimaklumkan oleh sepupunya bahawa suspek berjaya ditangkap di kawasan lorong utama taman berkenaan oleh orang awam,” katanya.

Peter berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang hiasan wanita di dalam rumah pengadu hilang disyaki dicuri suspek.


“Jumlah kerugian kira-kira RM150 dan suspek sudah diserahkan kepada polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.