Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony hadir di Mahkanah Sesyen atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Peter Anthony mendapat hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 kerana memalsukan dokumen
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen, hari ini, mendapati bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).Azura berkata, selepas mendengar dan meneliti secara maksimum hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter.
Mengikut pertuduhan, Peter, 51, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat untuk menipu.
SOURCE: HM
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق