Pakai kostum animasi, 35 orang penghibur jalanan jana pendapatan lumayan

Berita Oleh YUSOF MOHAMAD Foto :Nur Amalina Idrus via Abang Drone

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pakai kostum animasi kartun, jana pendapatan lumayan

KUNDASANG: Seramai 35 orang penghibur jalanan yang memakai kostum animasi kartun popular kanak-kanak tidak menyangka ia menjadi satu pekerjaan yang menjana pendapatan lumayan di sekitar Pekan Kundasang.

Picture
Kredit Foto @JIMONAZ4R4 Via Twitter

Japirin Matirin, 48, berkata, beliau yang memakai kostum animasi kartun Jerry telah menjadi penghibur kepada pengunjung yang datang ke daerah itu hampir setahun yang lalu turut menjadikan ia sebagai perkerjaan sampingan yang bukan hanya menyeronokkan malah dapat menambah pendapatan harian yang lumayan.


“Saya fikir pada mulanya ini hanya satu pekerjaan untuk menghiburkan pengunjung dan mengisi masa lapang semata-mata tetapi apabila ramai pengunjung tidak putus-putus mahu bergambar bersama kami bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga berminat untuk merakamkan gambar kenangan bersama kami,” katanya.

Picture
Kostum animasi kartun yang dipakai seperti Tom and Jerry, Mickey and Minnie Mouse, Winnie The Pooh, Panda Bear Wechat dan lain-lain lagi. Manakala bayaran dikenakan hanya seikhlas hati pengunjung atau pelancong yang ingin bergambar bersama mereka.


Menurut Japirin, kini mereka lebih ramai yang turut serta memperagakan kostum animasi kartun kegemaran kanak-kanak itu.

Picture
“Kebanyakan mereka (penghibur) terdiri daripada petani, penjual sayur-sayuran dan buah di sekitar pekan itu pada sebelah pagi manakala di sebelah petangnya mereka bekerja sebagai penghibur jalanan dengan memakai kostum tersebut,” ujarnya.


Japirin dan rakan-rakannya turut meluahkan rasa syukur terutamanya kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah kerana semenjak pintu sempadan dibuka untuk pelancong luar pada 1 April lalu, dengan kehadiran ramai pelancong luar dan dalam negara, sumber ekonomi mereka semakin meningkat dan amat menggalakkan.

SOURCE: Sabah Media

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم