Pesara wanita di Papar kena scam RM352,050

Pesara wanita rugi RM352,050 dijerat Macau Scam

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pesara wanita rugi RM352,050 dijerat Macau Scam

PAPAR: Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM350,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank.

Picture
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata wanita berusia 62 tahun itu dikatakan menerima mesej pesanan ringkas (SMS) pada jam 9.07 pagi 17 Ogos lalu yang mendakwa mangsa ada membuat pembelian dalam talian.

Picture


Susulan itu, beliau berkata, mangsa menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam pesanan SMS berkenaan, sebelum suspek yang menyamar sebagai pegawai bank meminta semua maklumat akaun bank wanita terbabit.

"Mangsa kemudian kongsikan semua maklumat akaun banknya bersama nombor kod pengesahan transaksi (TAC).


"Pada 20 Ogos lalu, mangsa menyedari wang dalam akaun bank berjumlah RM352,050 telah dipindahkan ke dalam akaun pihak ketiga, disyaki dilakukan oleh 'scammer' tanpa pengetahuan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, mangsa yang menyedari tertipu membuat laporan polis, semalam.


"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menjawab panggilan telefon dan melayan sebarang bentuk SMS daripada pihak tidak dikenali yang mendakwa dari mana-mana jabatan kerajaan atau organisasi.


"Sekiranya menerima panggilan sedemikian, sila hubungi balai polis berdekatan untuk pengesahan sebelum membuat apa-apa transaksi pindahan wang.

"Orang awam juga dinasihatkan sentiasa peka dengan modus operandi terkini 'scammer' bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.